Quantcast
Channel: Shima Rostam Book & Sandwich
Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

TB, Warna Warni Aidilfitri 2016 (1437 hijrah)

$
0
0
Assalamualaikum,
Masih raya lagi kan? Jadi selamat hari raya aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Seminggu saya bercuti dari update blog ni. Payah bila lama bercuti ni, nak cari mood menulis semula. Banyak kenangan manis dihari raya kan? Bonding Time bersama keluarga.


28 Ramadhan 1437
Iftar bersama keluarga

  Tahun ni saya sambut raya di rumah mertua, di Penang. Bila kita ikhlaskan hati, kemeriahan akan dirasai. Walaupun tak semeriah kampung sendiri. Cewah, nak jugak tambah ayat tu. Walau di mana saja sambutannya, tetapi meriah asalkan di dalam Malaysia juga. Betul tak? Meriahnya bila kita ramai-ramai berkonvoi balik kampung, menempuhi perjalanan yang lama. Gembiranya hati bila melihat wajah ceria orang tua menyambut kepulangan kami. 

1 Syawal 1437 hijrah
Di pagi raya

Raya, semua orang akan bersuka ria. Tua dan muda meraikan hari yang mulia ini. Hari rayalah yang akan mengumpulkan seluruh ahli keluarga tak kira di mana sahaja berada. Sehari di hari raya sangat bermakna bagi saya. Melupakan sengketa itu paling utama. Bermaaf-maafan sesama kita. Tapi tak ramai nak rendahkan hati, menyambutnya dengan seikhlas hati. Ada juga yang menjunjung rasa hati. Saya pun rasa tak terlepas juga menjunjung rasa hati ni. Biasalah manusia. sentiasa ada yang tak puas dihati. Tapi satu juga saya cakap dalam hati. Hari ini, raya kali ini tidak akan berulang lagi. Ia akan menjadi salah satu momen di hati. Jadi buat apa nak membazirkan masa menjunjung rasa hati, Sebab belum tentu  tahun depan kita akan berjumpa lagi. Rendahkanlah hari, meriahkan AIDILFITRI. Semoga kita akan sentiasa diingati.
1 Syawal 1437 hijrah
Raya bersama sanak saudara

Incik suami ambil cuti seminggu. Jadi kami bercuti panjang kali ini. Sempat iftar bersama keluarga besar suami. Sempat beriftar bersama abang ipar, adik ipar dan biras dan anak-anak saudara. Tapi tak banyak gambar yang saya ambil sebab saya ni bukan fanatik sangat bergambar. Ahaks. Ada yang sempat dan ada yang tak sempat. Seronok bila berjumpa ramai-ramai. Yela setahun sekali baru nak berkumpulkan? Yang berdua dah jadi bertiga. Yang sorang dah jadi berdua. Yang bertiga dan jadi berempat. Jadi, semuanya akan jadi kenangan yang mekar di hati.


1 syawal 1437 hijrah
Meriahnya hari raya di Kelantan
Namun tahun ni, saya rasa kekurangannya. Biarpun tak menyambut raya di Kelantan, tetap rasa kekurangan, bila Mok dan Ayoh dah tiada. Dulu di rumah inilah anak cucu cicit berkumpul. Berebut bersalaman dengan Mok dan Ayoh. Tahun ini tahun pertama mereka kembali ke negeri abadi. Semoga mereka berbahagia di sana. Alfatihah buat Mok dan Ayoh


Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
 Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. 
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. 
 Hidup baik-baik. 
Islam itu Indah. 
Membaca jambatan Ilmu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 366