"Saya jatuh cinta pandang pertama pada awak, Nur."
Mata yang hampir tertutup, terus terbuka luas. Terkejut. Terus hilang kantuknya. Nur pandang orang di sebelahnya sekilas sebelum kembali mengadap belakang tempat duduk orang dihadapannya. Situasi yang tidak langsung terlintas difikirannya. Apatah lagi akan dilalui di dalam bas.
'Dugaan apa pulak ni.. Aku tak sedia nak balas apa. Aku sendiri tak tahu apa perasaan yang aku rasa. Tiba-tiba je mamat ni buat pengakuan luar alam. Siapa nak tolong aku jawab ini,'
Lama Nur berperang dengan diri sendiri. Di kerling jam tangan. Jam 12 malam. boleh catat sejarah peribadi ni. Pengakuan cinta pertama oleh Azim.
Nak balas ke tak nak balas ni?
Suka?
Cinta?
Entahlah, aku sendiri pun keliru. Bukannya aku pernah alami situasi macam ni. Nak kata aku tak suka, aku suka je si Azim ni. Nak kata cinta? Wow.. tak sampai tahap tu lagi darjah rasa dalam hati aku ni. Lagipun kenal pun baru 2 bulan. Tak lebih sepuluh kali kot aku bercakap dengan Azim ni.
"Nur?" panggil Azim lembut dan romantik.
Berdiri bulu roma Nur. Badannya dijauhkan sehingga rapat ke dinding bas.
Umi...tolong adik! Hati Nur sudah meraung.
Nur tak tenang duduk. Rasa ingin menghalimunkan diri sendiri. Biar Azim tak nampak dia. Biar dia tak dengar pengakuan Azim tadi.
"Nur... Saya sayang awak. Kali pertama saya nampak awak, hati saya terus kata awaklah cinta pertama dan terakhir saya. Awaklah yang akan saya jadikan isteri suatu hari nanti."
Wajah Nur semakin merah. Dia tidak sanggup lagi memandang wajah Azim yang redup. Berdiri bulu romanya.
Lambat lagi ke nak sampai ni? Aku tak sanggup dah. Nak sampai cepat! rintihnya.
Hati Nur makin resah. Azim pula macamlah tempat duduknya sempit sangat sehingga menghimpitnya ke dinding bas. Sesak nafas.
"Erk... Azim.."
"Ya sayang."
Gulp.. Kesat.
Giless.., terlebih makan gula ke Azim malam ni.
Mata Azim redup memandang wajahnya sehinggakan dia hampir tidak merasa apa. Kebas.
"Boleh tak awak jauh sikit. Saya tak selesa, susah nak bernafas." Senafas Nur tuturkan. Lama-lama duduk serapat begini boleh mati sesak nafas.
" Opps. Maaf sayang." Sengih Azim. Kepala tidak gatal digaru. Dia berganjak membetulkan duduknya. Tidak sedar dia rupanya hampir menghimpit Nur. Teruja dapat peluang duduk rapat dengan pujaan hati, dia hampir gagal mengawal gelora rindunya. Ini saat yang dinantikan. Sanggup cuti semester dihabiskan di kampung halaman papanya. Walhal, dialah orang yang paling culas balik kampung. Sentiasa ada alasan untuk tidak balik. Tapi kali ini, dia dengan rela hati pulang ke kampung papanya untuk menjenguk mak tok.
" Bukan ke awak orang KL?" Soal Nur.
"Ke awak silap naik bas?"
" Tak. Betullah bas yang saya naik ni, sayang. Saya nak balik kampung papa saya. Dah lama sangat saya tak melawat mak tok."
"Kampung kat mana?"
"Pasir Puteh, awak?"
"Bachok."
"Dekat dengan Pantai Irama tak? Boleh keluar dating nanti," ujar Azim tanpa fikir panjang. Kalau boleh cuti kali ini dia mahu mengenali Nur dengan lebih dekat. Mahu berkenalan dengan keluarga Nur juga. Nanti senanglah dia nak masuk ke dalam hati Nur. Orang kata, nak tackle anak dara orang, kena tackle hati mak ayah dia dulu.
Nur geleng kepala. Giless betul mamat ni. Apakehalnya nak ajak dating. Ingat pemikiran orang kampung ni sama ke dengan orang Kuala Lumpur. Berfikiran terbuka apabila melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kalaulah Azim tahu, abah cukup pantang anak gadisnya lepas laku. Bebas berkawan dengan lelaki. Silap haribulan disuruh berhenti belajar dan duduk rumah.
"Saya tak keluar jalan-jalan bila balik kampung. Ni lah masanya saya habiskan masa dengan abah dan umi."
"Kalau macam tu, saya datang rumah awak. Boleh kenal dengan umi dan abah. Lagipun saya sukakan awak, sudah tentu saya kena ambil hati diorang kan." Tak teragak-agak Azim berkata. Macam yakin sangat umi dan abah mengalu-alukan kedatangan dia.
Perasan!
Menyampah pulak aku dengan orang yang terlebih yakin ni.
"Sebetulnya tidak pernah seorang pun kawan lelaki saya datang ke rumah."
"Great! Biar saya jadi orang pertama dan terakhir. Saya yakin umi dan abah akan sukakan saya!" Sengih Azim.
"Tak payah jadi giler lah Azim. Tak terdetik sekalipun saya nak ajak awak jumpa umi dan abah saya. Jangan perasan dan jangan over acted sangat. Saya tak cakap pun saya suka awak." Hambik kau.
Daripada menahan perasaan sebal sejak tadi, Nur terus menyembur. Jangan ingat dia ni lembut jadi orang boleh sewenang-wenangnya nak masuk ke dalam dunianya. Sorry sikit.
'Lembut aku ada pendirian sendiri. Jangan ingat diam aku tu tanda setuju. Tidak sama sekali!
Azim terdiam. Barangkali terkejut dengan kata-kata Nur. Tegas!
****
“Awak baliklah ke rumah nenek awak. Tak payah temankan saya,” buat sekian kalinya Nur cuba menghalau Azim. Dia rimas. Tak habis-habis Azim nak menempel di sebelahnya. Dalam bas tadi, sudahlah mengacaunya sehinggakan dia tidak dapat melelapkan mata.
“Tak apa. Saya temankan sayang.”
“Tak payah!”
“Sekejap lagi angah saya sampai. Lagipun orang ramai kat sini.” Nur makin meluat. Rasa suka sudah semakin pudar.
“Lagilah saya nak temankan. Nanti boleh berkenalan dengan angah sayang,”
Nur memicit dahinya. Bebal sungguh Azim ni.
“Angah saya garang. Dia tak suka ada lelaki dekat dengan saya,” Nur mereka cerita dan berharap Azim takut.
Azim sengih.
“Saya betul-betul ikhlas sayangkan awak Nur, jadi saya perlu berani berdepan dengan angah sayang,” ujar Azim. Dia tidak takut. Lagipun dia memang sukakan Nur. Bukan untuk suak-suka, tetapi untuk masa depan. Dalam kepalanya sudah ada perancangan masa depan dia dan Nur.
“Assalamualaikum.. adik.”
Nur menarik nafas lega. Penantiannya berakhir.
“Sorry- sorry.. Angah lambat sikit.”
“Sori naik lori. Bukan sikit tapi banyak!” Balas Nur geram.
Thaqif tersengih. Faham dengan sika si adik yang tak pernah suka menunggu orang.
“Waalaikumussalam angah. Saya Azim. Kawan Nur di Matrikulasi,” Azim menghulur tangan.
Kening Thaqif ternaik. Namun tangan yang dihulur tetap disambut.
Nur mencebik.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan.
Jadi bacalah perkara yang bermanfaat.
Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama.
Hidup baik-baik.
Islam itu Indah.
Membaca jambatan Ilmu.