“Kenapa Asma ambil pertanian?”
“Sebab Asma suka berkebun.”
“Abang tengok keliling rumah ini, boleh dikatakan semuanya Asma yang tanam. Ibu tolong jagakan bila Asma tak sempat nak jaga. Ibu cakap tangan Asma sejuk. Sebab itulah semua yang Asma tanam tumbuh subur.”
Ferhad ambil tangan Asma lalu meramasnya. Lembut tak macam orang buat kerja berkebun.
“Tapikan Asma ambil kursus lain pun Asma boleh juga teruskan berkebun. Jadikan hobi.”
“Asma mahu jadikan pertanian kerjaya Asma di masa depan. Asma suka hidup dalam kebun,” ujar Asma dengan semangat berkobar-kobar.
“Ini cita-cita Asma sejak Asma tolong ibu menanam dan menjual sayur.”
“Asma rasa seronok.”
“Lagipun....”
Asma pandang wajah suaminya di sisi. Mereka sedang duduk-duduk santai di halaman rumah ibunya. Mengadap sawah hijau terbentang.
“Asma tidak pernah terfikir pun mahu meninggalkan kampung ini, hidup di bandar.”
“Asma cuma fikir, pergi belajar. Timba ilmu secukupnya kemudian balik kampung usahakan kebun sayur-sayuran bersama ibu. Hidup bahagia bersama ibu di sini,” perlahan suara Asma berkongsi impiannya.
Impian yang terlalu ringkas dan mudah dicapai.
Ferhad berpaling melihat isterinya yang menatap wajahnya. Dia tidak jangka itu impian Asma. Ringkas dan semudah itu.
“Asma tidak teringin kerja dalam pejabat. Pakai cantik-cantik. Hujung minggu keluar berhibur bersama kawan-kawan.”
Asma angkat bahu. Sekicip pun ia tak rasa teruja ke arah itu.
“Entahlah. Masa ayah ada dulu, ada juga keinginan nak rasa hidup di bandar. Lebih-lebih lagi bila tengok anak cucu Nek Som balik kampung. Semuanya pakai kereta besar-besar, Baju pulak cantik-cantik. Asma cakap kat ayah, bila ayah kita nak pindah duduk bandar macam anak Nek Som tu.” Asma terhenti seketika menyusuri kenangan bersama dengan ayahnya. Tak banyak yang dia ingat sebab masa ayah pergi dia baru berumur 13 tahun.
“Ayah cakap tunggu Asma besar dulu. Nanti bila dah besar Asma boleh kerja di bandar dan balik dengan kereta besar dan baju cantik ke rumah ayah.”
“Abang tahu apa yang Asma balas lepas tu?”
Ferhad angkat kening sebelah bertanya. “Apa dia?”
“Tak naklah kerja di bandar jika kena tinggalkan ayah dan ibu. Baik Asma kerja dekat kampung. Setiap hari boleh jumpa ayah ibu. Asma kasihan Nek Som. Jarang dapat jumpa anak-anak dia walaupun anak-anaknya pakai kereta besar dan baju cantik-cantik.”
“Rasanya selepas itu Asma belajar menanam dengan ayah.”
“Bagi Asma hidup di kampung ni sudah pun buat Asma bahagia dan gembira.”
“Sekarang ada abang. Berkali ganda bahagia Asma.”
Ferhad tarik Asma ke dalam pelukannya. Sebuah ciuman diberikan di ubun-ubun Asma. Polosnya hati isterinya. Perasaannya bergolak di dalam jiwanya. Ada rasa tidak mampu diluahkan. Dia tak sampai hati. Dia akan cuba membahagiakan wanitanya ini.
“Tapi abang jangan ingat, gadis kampung macam Asma ni kolot tahu. Asma tahu setiap perkembangan semasa. Asma tahu tentang media sosial. Asma tahu setiap perkembangan dunia hiburan tempatan dan luar negara,” ujar Asma sambil meleraikan pelukan mereka.
“Asma suka hidup dikampung tak semestinya Asma seperti katak di bawah tempurung.”
“Asma tahu apa fungsi durex,” ujar Asma sambil menatap mata suaminya. Dia senyum malu.
Ferhad jungkit kening. Bibirnya senget mahu ukir senyum. Tak sangka ini yang keluar dari bibir merah jambu isterinya.
“Dalam dua minggu ni abang tak perlu pakai durex. Ini bukan waktu subur Asma. Abang tak perlu risau. Lagipun masa buat ujian HIV hari tu, misi ada berikan ubat perancang bila Asma cakap tak nak mengandung lagi buat masa ni sebab nak sambung belajar,” Asma berterus terang.
Ferhad garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terkejut sebenarnya. Dia tidak jangka Asma sudah merancang dari awal.
“Lagipun Asma tak nak merosak perancangan hidup abang dengan permintaan tiba-tiba Nek Som. Kita sama-sama tidak bersediakan?” kata-katanya selepas itu membuatkan Ferhad terharu. Sesuatu yang tidak pernah terlintas difikirannya.
“Terima kasih sayang. Abang tak sangka, sungguh.”
Asma senyum.
“Sebab itu, abang jangan pandang lekeh dengan budak kampung ni. Asma dah siapkan perancangan masa depan Asma untuk 5 tahun akan datang. Masa itu tak termasuk abang. Nampaknya Asma kena adjust sikit, selitkan abang dalam perancangan Asma.” Asma peluk lengan Ferhad. Diletakkan kepalanya bersandar di bahu Ferhad. Dia pejam mata, mengusir sebak di dada.
Ferhad kucup lagi ubun-ubun isterinya. Lama mereka melayan perasaan masing-masing.
“Asma daftar UPM bila?”
“28hb ni.”
“Semua dah siap?
“Belum. Satu pun tak buat lagi.”
“Esok kita settlekan semuanya. Lusa kita pergi Cameron Highland, honeymoon. Abang nak kita habiskan masa berdua sahaja dalam dua minggu ni. Abang nak gunakan masa ni mencipta dunia bahagia kita.”
Asma angguk. Dia juga akan gunakan masa dua minggu ini sebaiknya untuk mencipta memori terindah bersama suaminya. Sebab selepas ini dia tidak pasti adakah bahagia untuk mereka.
“Jom....” Ferhad tarik tangan Asma berdiri.
“Ke mana?”
“Kita bawa ibu dan nenek berjalan-jalan hari ini. Habiskan masa bersama mereka.”
“Okey jom.”Asma genggam tangan Ferhad erat. Mereka melangkah perhimpunan tangan menuju ke rumah.
Di celah pintu jendela, Rohani melihat kemesraan merpati dua sejoli itu. Alhamdulillah keputusan untuk mengahwinkan Asma tidak salah. Ada seseorang akan memjaga anaknya bila sampai masanya dia pergi nanti.
Dalam diam-diam dia telah titipkan amanah buat Ferhad.
“Ibu tidak ada harta yang banyak untuk ditinggalkan kepada Asma, Ferhad. Cuma tapak rumah sekangkang kera inilah yang ada pun.”
“Asma muda lagi. Masih banyak yang dia perlu belajar. Jadi sebagai suami ibu harap Ferhad dapat bimbing dia, berikan dia tunjuk ajar. Mana yang salah tegur baik-baik.”
“Asma ni sudah biasa berdikari sejak ayah dia meninggal. Dia lebih suka pendam perasaan dan tunjukkan dirinya kuat di depan ibu. Tapi ibu tahu di belakang dia selalu menangis. Sebab tak nak ibu susah hati, dia tidak pernah cerita apa-apa kat ibu.”
“Jadi ibu harap Ferhad sayang dan cintailah dia. Jangan lukakan hati. Berterus terang jika ada yang Ferhad tidak suka.”
“In shaa allah ibu. Ferhad janji.”
Kerana janji itu lah dia yakin Asma akan selamat dan hidup bahagia.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.