Quantcast
Channel: Shima Rostam Book & Sandwich
Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Bab 18 : Cinta Asma Ferhad

$
0
0


Mereka keluar bilik selepas zuhur. Itu pun selepas makan tengahari sekaligus sarapan pagi. Asma memang betul-betul Ferhad kurung seharian. Mereka tiba petang semalam. Tak sempat ke mana pun, berkurung dalam bilik sampailah ke tengahari sebab Ferhad merancang begitu. Dia gunakan sepenuhnya fungsi berbulan madu ini untuk berulit dalam bilik. 

Asma nak tak nak kena ikut juga. Lagipun dia suka. Hati dan jiwanya melayang ke langit ke tujuh dengan layanan Ferhad yang kelas pertama ini. Cinta semakin berakar umbi di dalam hatinya. Jika sebelum kahwin dia sentiasa berwaspada, selalu pesan pada hati jangan jatuh cinta sangat. Jatuh suka tak apa. Sebab dia dah tahu dia akan ditinggalkan nanti. 

Tapi kini dia tak peduli, suaminya tentu dia akan cinta sampai mati. Apatah lagi layanan lima bintang yang diterimanya sejak bergelar isteri kepada Ahmad Ferhad bin Ahmad Fakrul ini. Walaupun dikurung, hatinya sentiasa terasa bebas. Sungguh dia telah jatuh cinta pada suaminya sendiri. Tentang masa depan, dia tidak mahu memikirkan lagi. Dia mahu menikmati keindahan dan kemanisan bulan madu ini. 

Ferhad memandu turun menuju ke Tringkap. Cermin sengaja diturunkan agar mereka dapat menikmati udara segar perbukitan ini. Cameron penuh dengan pelancong dalam dan luar negara. Hujung minggu begini tentu sahaja Tanah Tinggi Cameron ini dipenuhi oleh pelancong. Sabtu dan ahad ada pasar malam di Binchang. Semasa mereka lalu tadi, para penjaja sudah dalam proses membuka gerai masing-masing. Ferhad kerling Asma yang asyik melihat ke luar. Dia senyum nipis bila melihat Asma suka dengan apa yang dilihatnya. 

“Boleh tak balik nanti kita singgah pasar malam, abang?” pinta Asma penuh harap. Dia mahu cari cenderahati buat ibu dan Nek Som juga Aida. 

Ferhad geleng kepala. 

Hmmm... Asma mengeluh. Tak apalah. Mungkin bukan rezekinya. 

“Kecuali sayang cium abang dulu...” pinta Ferhad. 

Asma hampir melonjak mendengarnya. 

Pantas dia paut leher Ferhad. Ciuman bertalu-talu diberikan. 

“Sayang.. behave.. nanti tak pasal-pasal kereta jatuh gaung...” jerit Ferhad. Dia tak jangka aksi spontan isterinya tadi. Nasib baik kereta dipandu perlahan. 

“Opss... Sorry,” Asma segera melepaskan pautannya.

“Nanti buat aksi macam tadi dalam bilik, confirm abang balas dua kali ganda...”

Asma geleng kepala. Dia terus duduk statik. Beku. Malu.

Ferhad pula berterusan senyum. Hatinya senang dengan gelagat berani, malu dan nakal isterinya ini. Cukup rencah membuatkan harinya berseri.

Mereka tiba di Lavender Garden. Asma sungguh teruja melihat warna ungu mendominasi taman itu. Dia tidak sabar mahu menjelajahnya. Dia mahu sentuh dan beli bunga ungu itu. Jika ada dia mahu beli benih bunga lavender. Dia mahu cuba tanam di rumah ibunya. Tak sabar-sabar Asma tarik tangan Ferhad. 

Ferhad geleng kepala. Sikap keanakan Asma ni buatkan hatinya terhibur. 

“Sabar sayang. Bunga-bunga tu tak lari ke mana.”

“Perlahan sikit jalan tu. Putus tangan abang ni, Asma juga yang susah,”usik Ferhad. 

Asma berpaling dengan wajah berkerut. 

“Mengarut abang ni. Macamlah Asma tarik tangan abang macam tarik tali masa lawan tarik tali tu,” balas Asma. 

Ferhad mengekeh ketawa. Dia pula paut bahu Asma mendorong masuk ke dalam. Asma tersenyum lebar. Hiasan dalam taman ini menarik. Kiri kanan berwarna warni dengan bunga-bunga segar. 

“Kita boleh petik bunga kan?” soal Asma inginkan kepastian. 

“Kalau sayang nak petik satu taman sudah tentu tak boleh. Tapi kalau petik sekuntum dua tu dibolehkan dengan bayaranlah,” jawab Ferhad mengusik.

“Abang ni loyar buruklah,” Asma cubit lengan Ferhad. 

“Aduh..” bukan main kuat Ferhad mengerang sehingga menarik perhatian beberapa orang pengunjung berdekatan. 

“Isy... abang ni mengada. Malulah orang tengok,” Asma terus tarik tangan Ferhad melangkah masuk ke dalam lagi. Mukanya telah merah apabila menjadi perhatian orang sekejap tadi. 

Mereka berjalan bergandingan tangan. Sesekali mereka berhenti dan berselfie. Ferhad tanpa segan silu selalu menarik Asma ke dalam dakapannya. Sesekali bibirnya singgah atas kepala Asma. Mulanya Asma segan dan malu. Lama kelamaan dia jadi tak heran. Sebab jika dia larang sekali pun Ferhad tetap buat apa yang dia suka. Malah sengaja nak duganya. 

Mereka menghabiskan masa dekat dua jam di situ. Ferhad menghadiahkan sejambak bunga lavender kepada Asma. Asma gembira menerimanya. Mereka juga membeli beberapa cenderahati di situ. 

Kemudian mereka naik semula ke puncak Cameron dan singgah di pasar malam Brinchang. Suhu sejuk semakin dirasai, membuatkan Asma menggosokkan tangannya. Sesekali dia seluk poket seluar untuk mengurangkan sejuk. 

“Hmm... Macam mana ni nak ke negara empat musim jika suhu sejuk ni pun Asma tak tahan?”

Asma terdiam. Ferhad ambil tangan Asma dan digenggam erat. Orang semakin ramai. 

“Kita beli sarung tangan dekat gerai depan tu.”

“Tak payahlah abang. Membazir. Bukannya nak pakai selalu. Hari ni je.”

“Tapi sayangkan sejuk?”

Asma paut leher Ferhad supaya telinga Ferhad setara dengan mukanya. 

“Abangkan ada. Abangkan suka buat Asma terasa hangat,” bisik Asma. 

Ferhad tersengih gatal mendengar bisikan isterinya itu. 

“Siaplah Asma nanti. Malam ni jangan tidur selagi abang tak tidur,” bisik Ferhad pula. 

Iskk... 

“Sana ada strawberry coklat. Jom beli.”

“Kita beli banyak sikit. Makan atas human plate ni sedap,” bisik Ferhad.

“Human plate? Tak faham,” jawab Asma polos.

“Hahaha... malam nanti abang tunjuk apa itu human plate. Asma kena belajar tu.”

Asma angkat bahu. Mereka terus berjalan di celah-celah orang ramai.

“Buah cinta?” 

“Buah cinta kita tak akan lahir sayang,” spontan Ferhad menjawab. 

Asma pandang wajah Ferhad yang sedang melihat buah-buahan yang dijual. 

‘Sudah tentu tidak akan lahir buah cinta kita sebab abang tak cintakan saya,’ bisik hati kecil Asma. 

Kecil hati? Dia tetap sedar diri. Jadi kecil hati itu dibuang jauh-jauh. Buat masa ini dia mahu menikmati kebahagiaan dan kemanisan bulan madunya. 

“Apa dia sayang?”

“Apa?”

“Mana ada Asma cakap apa-apa.”

“Betul ni?”

Asma cepat angguk. 

Ferhad senyum. Asma beralih pandang ke depan. Dia takut Ferhad dapat membaca apa yang ada di dalam fikirannya. Dia mahu Ferhad ingat yang baik-baik dan bahagia sahaja tentang dirinya nanti. 

‘Tentu sekali abang mahu buah cinta kita lahir sayang. Tapi bukan sekarang...’ bisik hati kecil Ferhad. 






Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Trending Articles