“Ami...”
Ada suara garau memanggil mereka dari belakang. Ami menelan liur. Walaupun dia tak cam tapi dia tahu siapa. Teringat lelaki yang dia nampak sebelum masuk dewan kuliah tadi. Pastinya dia. Wawa tarik lengan Ami supaya berhenti. Nak tak nak Ami pakukan langkahnya dan menunggu. Dia tarik nafas. Orang yang paling tak nak jumpa itulah yang selalu muncul. Entah-entah dia ni tak faham bahasa kot. Orang cakap tak nak jumpa, tak payahlah susah-susah datang jumpa. Ami mendengus, geram.
“Boleh tak kita bercakap sekejap? Pinta Amru apabila menghampiri Ami dan kawannya.
“Tak ada benda pun nak cakap,” balas Ami sambil lewa. Tak pandang pun wajah lelaki itu. Sakit hati dan malu ingatkan malam titik hitam itu.
Amru terdiam. Dia pandang Ami mengharap. Tapi Ami sikit pun tak pandangnya. Wawa jadi kasihan. Dia nampak keikhlasan lelaki di hadapannya ini. Walau apa pun yang telah berlaku, lelaki ini berhak di beri peluang untuk membela diri.
“Kau dengarlah apa yang dia nak cakap kejap. Tak rugi pun,” pujuk Wawa. Ami jeling Wawa. Cairlah tu dengan wajah kacak lelaki ni. Tapi aku sikit pun tak cair. Wajah kacak buat apa kalau perangai buruk. Lebih buruk dari perangai si Hafiz tu.
Terlintas nama Hafiz bila ternampak lelaki itu pandang mereka bertiga. Bukan dia je, malah pelajar lain yang lalu lalang di situ. Ada yang berbisik-bisik. Ni yang aku tak suka ni.
‘Mengumpat tak habis-habis.’
Akhirnya Ami pandang juga wajah lelaki di hadapannya. Itu pun setelah puas matanya tengok tempat lain. Tersentap jantungnya apabila mata mereka bertentang.
“Aku jalan dulu. Aku tunggu kat library..” ujar Wawa sebelum berlalu.
Ami dalam paksa terpaksa angguk. Tidak mahu mereka terus menjadi perhatian, Ami bergerak keluar dari Fakulti menuju ke library juga. Sampai ke hujung bangunan yang mengadap parking, Ami berhenti. Dia berpaling mengadap lelaki itu.
“Awak nak cakap apa? Cepat sikit.”
“Hari ni panas. Saya dahaga pulak. Kita bercakap dekat gerai tepi library sanalah. Boleh duduk sambil minum.”
Ami buat keras. Dia mendengus kuat. Geram.
“Cakap kat sini tak boleh ke? Saya nak cepat ni,” gesa Ami. Enggan.
Amru geleng kepala.
“Saya dahaga..” ujar Amru minta simpati.
“Kalau dahaga pergi minum sendiri. Saya pergi library!” Ami buat keras kepala. Dia mula melangkah meninggalkan Amru.
“Okey.. Okey.. Ami tunggu!”
Ami tak jadi nak melangkah. Amru tarik nafas sambil pandang gadis yang membelakanginya. Nampak je lembut tapi hati keras.
“Ami sihat?” Amru memulakan bicaranya.
Ami angguk. Dah tengok dia depan ni sihat walafiat. Mahu tanya lagi? Tak ada soalan lain ke?
“Maksud saya... Ehemmm.. Selepas kejadian malam tu?” Amru harap Ami faham maksudnya.
“Sihat.. Sihat.. Sihat!”
“Ada apa lagi?” Ami menekan suaranya. Dia jeling jam ditangan. Masa rasa lambat sangat berlalu.
“Tentang apa yang saya cakap hari tu. Saya serius. Saya nak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”
“Dan saya juga serius TIDAK MAHU awak bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Anggaplah apa yang terjadi itu adalah kependekan akal kita berdua. Tidak ada siapa pun yang bersalah. Jadi awak jangan fikir benda ini membebankan awak sehingga sanggup nak bertanggungjawab. Saya bertanggungjawab menjaga diri saya sendiri. Bukan orang lain!”
“Tidak!” Tegas Amru.
“Apa yang berlaku pada malam itu telah ubah hidup kita. Nak ke tak nak, awak tetap dah jadi tanggungjawab saya. Saya akan pastikan sikit masa lagi awak jadi isteri saya yang sah!”
Mencerlung mata Ami mendengarnya.
“Awak ni dah giler lah!” marah Ami. Tak sangka itu yang keluar dari bibir lelaki itu. Ini kali ketiga mereka berjumpa. Dah cakap pasal tanggungjawab, isteri dah. Giler.. Tak nak aku jadi bini dia!
“Awak ni tak reti bahasalah. Saya cakap awak tak perlu bertanggungjawab. Faham tak? Tak perlulah nak tunjuk baik sangat!” Ami ketap bibir. Dia genggam tangannya sendiri.
Amru urut pelipis kanannya. Dia pandang wajah merah Ami. Mungkin geram sangat kot sampai jadi merah. Tapi comel. Malah wajah Ami semakin menarik di hatinya. Marahnya pun tidak menyeramkan sangat. Makin buat dia geram adalah. Lebih-lebih lagi mulut tu. Hurmmm.. malang sekali dia lupa apa rasanya!
Sah aku ni dah giler, macam Ami cakap!
“Kenyataannya sayang, awak tak boleh nak ubah. Sekali pun awak enggan. Tak nak terima saya pun, berpuluh kali saya akan gandakan usaha awak jadi milik kekal saya.”
Makin merah muka Ami apabila dengar ungkapan sayang itu. Ami tunduk. Hatinya dah berirama tak betul. Kejap rock. Kejap balada. Tak boleh jadi ni. Berduaan dan berdekatan dengan lelaki ini pun dah buat bulu romanya berdiri. Nasib baik dia tak ingat secara terperinci apa yang berlaku malam itu. Dia hanya ingat pagi itu sahaja. Itu pun dah berpuluh kali dia sental kasi hilang ingatan yang membuatkan dirinya berpeluh, hatinya hangat.
Tak suka!
Tak suka!
Ami geleng kepala..
“Suka hati awaklah. Tapi jangan ingat saya ni awak senang nak dapat!”
“Sekali hati saya kata TAK NAK..usaha keras awak tu takkan berhasil.”
Amru jungkit kening sebelah. Dia senyum senget menampakkan lesung pipitnya. Nampak wajah Ami semakin berubah. Tidak lagi berani memandangnya.
‘Awak cakap tak nak berpuluh kali pun. Hati awak dah semakin goyang. Kita tengok nanti.’
“Saya tak tanya mulut. Tapi saya tanya pada hati awak..”
“Saya balik dulu. Nanti saya hantar surat penerimaan membuat latihan praktikal di firma saya tu,”
Amru kenyit mata. Nak berlama di sini pun, hatinya mula tak selesa sebab mereka dah jadi perhatian orang.
Ami ketap bibir. Menonong berjalan menuju ke library tanpa angkat muka. Confirm lepas ni dia akan jumpa Prof Yusuf minta tukar tempat praktikal.
Akhirnya terlepas tawa kecil dari bibir Amru. Dia pandang Ami berjalan laju menuju ke library. Degil. Tak nak mengaku kalah.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.