Quantcast
Channel: Shima Rostam Book & Sandwich
Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Sepatutnya SAM dah siap!!!!

$
0
0
SAM atau tajuk panjangnya, SI ADIK MANJA DENGAN MENANTU PILIHAN ABAH. sepatutnya dan memang lebih dari patut cerita ni dah siap....

Nur says:



Tapi sayang tak siap-siap lagi.. Saya hilang momentun nak siapkan novel ni. Sebab saya meletakkan nilainya tinggi sangat kot!

Setelah 3 buah novel saya siapkan,


  1. Berikan aku peluang mencintaimu (online n hold dulu coz saya hantar kat sebuah penerbitan (rahsia))
  2. Cinta Perigi dan timba (dah terbit)
  3. Kembali ke sisi-Mu (ada dengan penerbit)



Kepuasan dalam berkarya tu memang tak de lagi. Jadi tergantunglah lama-lama SAM ni dan cerita lain-lain.
Saya pun tak tahu apa yang dicari dan sesuai dengan jiwa. Jadi saya mulakan pencarian dengan membaca novel-novel orang lain. Hihihi.... malu dengan mereka yang sentiasa bersemangat menulis ni. Sentiasa ada idea dan rajin menulis. Saya ni setakat ada idea dan rajinnya tak datang-datang lagi... Kena ketuk dulu kot... Hahahhaa...

SAM ni kisah biasa-biasa je.. Saya tak reti nak menulis kisah luar biasa.... Sayang yang terdetik di hati ketika kecil-kecil dulu menjadi cinta apabila dewasa... Kisah ini kita akan menyusul kehidupan NUr dan Hisham... Suka duka kehidupan yang mereka tempuhi...

Hisham says:



Oppsss.... setakat itu dulu.... kena kasi siap dulu baru saya repost kat sini. Sebab saya takut... tak siap2...



Viewing all articles
Browse latest Browse all 366