Cuaca sekarang tak menentukan? Bukan sekarang aje, malah sepanjang tahun cuaca di negara kita ni sering berubah-ubah. Kejap panas, kejap hujan. Hujan panas, hujan panas ni, kalau tak kuat antibodi memang mudah dapat demam. Jadi on off lah demam sepanjang tahun.
Saya paling tak suka bila terkena selesama dan batuk. Nak sembuh tu lambat. Kalau dah selesema, kulit muka jadi kering dan hidung gatal-gatal. Batuk pula, terbatuk kuat boleh terkucil tau. Tidak ada pilihan kenalah jumpa doktor dan makan ubat. Ubat demam dan batuk pula jenis mengantuk. Selalulah mamai dan mahu tidur aje. Jadi kerja pun banyak tertangguh.
Kalau cukup pakej demam + batuk + selesema lagilah. Boleh pulak berjangkit. Seorang kena dalam rumah, semua bakal kena nanti. Sebab bakteria dan virus berlegar-legar di dalam ruang udara rumah kita. Kalau ada anak kecil lagilah, boleh tak tidur malam bila si kecil demam. Kita pun demam. letih nak jaga mereka dengan badan tak sihat kan?
Tapi sekarang, bagi keluarga saya alhamdulillah dah jarang dapat demam. Kalau ada salah seorang batuk atau selesema pun, tak berjangkit dekat orang lain. Sebab saya amalkan petua ni. Senang aje petua dia. gunakan barang yang wajib ada dekat dapur aje. Nak tahu apa dia?
BAWANG MERAH.
Saya pernah tulis dalam entri terdahulu mengenai kebaikan bawang merah. boleh klik di sini untuk membacanya. (Bawang merah ooo bawang merah)
Jadi saya cuba uji sendiri. Kebetulan kali pertama saya buat, hidung tersumbat, tekak pun dah gatal-gatal batuk. Anak pula hidung berair, tanda-tanda nak demam.
Caranya : Sebiji bawang merah besar (bawang merah india) dipotong empat dan diletakkan di dalam pinggan plastik atau pun bekas tak tertutup. Letakkan dalam bilik tidur. Biarkan bawang itu semalaman atau selagi bawang itu tak buruk, biarkan sampai kering.
Gambar atas, bawang merah setelah beberapa hari saya biarkan dalam bilik tidur. Oleh sebab kami tak ada yang demam, jadi bawang merah kat atas tu tak buruk atau berkulat. (Saya lupa nak snap gambar bawang merah tika nak terkena demam tempoh hari) Jika demam, pagi esok bawang merah tu akan jadi buruk. Macam dah lama. padahal baru semalaman.
Kenapa jadi buruk?
Apa fungsi bawang merah ni?
Bawang merah akan jadi buruk sebab ia menarik bakteria, virus dan kuman yang berlegar dalam udara di dalam bilik tidur saya. Fungsi bawang merah ini adalah membersihkan udara di dalam bilik tidur saya. Bila udara bersih, yang nak demam tu tak jadi demam. Sebab penyebab demam tu dah tak ada.
Kesan dia pantas. boleh dirasai bila bangun pagi esok. Jika malam tadi saya rasa nak demam. Bangun pagi esok, hidung dah tak sumbat, tekak pun dah tak gatal. Saya pun rasa segar.
Tak percaya? Cuba sendiri. Tak rugi pun kalau cuba. Bukannya mahal dan perlukan keluar duit banyak pun. Cuma ambil bawang dekat dapur aje. Potong dua atau belah empat. letak dalam bilik.
Petua ni amat sesuai diamalkan jika ada bayi dan kanak-kanak dekat rumah. Antibodi mereka tak kuat lagikan, jadi senang kena demam. Jadi ringankan tangan buat petua ni. In Shaa Allah... bayi dan anak-anak nanti susah nak terkena jangkitan demam.
Selamat mencuba.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.