Quantcast
Channel: Shima Rostam Book & Sandwich
Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Kembali ke sisi -Mu 8

$
0
0



“Hello bro, aku dah jumpa dia semula,” beritahu Aazad setelah panggilan disambung.
Terdengar suara ketawa di hujung talian.
Gud luck bro, aku harap kau berjaya buktikannya,” sayup-sayup suara Johan kedengaran di hujung sana.
“Interesting..”
“Hahaha... jangan hati tergolek sudah. Remember!” sengaja Johan mengusik biarpun di dalam hati dia berharap ia akan menjadi kenyataan. Dia ingin melihat sahabatnya memiliki keluarga sepertinya.
Aazad ketawa lepas.
“Jangan sampai Ronny mengamuk, aku tak bertanggungjawab,” Suara itu memberi amaran.
Bertambah kuat ketawa Aazad. Beberapa minit kemudian talian diputuskan dan Aazad melangkah menuju ke kondo yang baru dibelinya. Kediaman barunya yang tidak ada siapa yang tahu. Di situlah tempat dia bersembunyi apabila bosan melayan tingkah laku Ronny yang semakin mengongkongnya.
Ada sesuatu di dalam diri Auni yang menarik minatnya supaya mengenalinya dengan lebih  dekat. Mungkin sesuatu yang dicarinya selama ini. Entah... dia sendiri tidak mengerti apakah sesuatu yang dicarinya itu. Berbual dengannya membuatkan dirinya terasa bebas. Terasa kembali ke dirinya yang asal. Gayanya cukup sempoi dan bersahaja. Paling mengejutkan Auni telah berusia 25 tahun. Bibirnya terus mengukir senyum, tidak terjangka sebenarnya, telahannya jauh menyimpang. Apabila memandangnya dari dekat, Auni ni sebenarnya seorang gadis manis, pemalu dan naïf. Kelihatan masih tidak tercemar dengan udara kotaraya yang berhabuk ini. Mungkinkah misinya berjaya dengan begitu mudah? Apatah lagi dirinya cukup sempurna sebagai seorang lelaki.
Deringan lagu Madonna dari Iphone 4 tidak dihiraukan. Ketika ini dia lebih suka melayan jiwa. Segalanya tentang Auni nampak indah dan menarik di mata hatinya. Teringat kembali saat mereka hendak berpisah remang senja tadi. Senyuman manis Auni masih berbekas di hati sehinggakan dia terasa Auni masih lagi bersamanya. Perasaan apakah ini? Dipejam celik matanya, dia cuba mengusir bayangan manis Auni jauh dari memorinya. Lalu dia cuba menghadirkan kenangan manisnya ketika bersama Ronny.
Namun matanya tidak mahu lepas memerhati langkah Auni yang kian jauh menuju ke Masjid As-Syakirin. Gadis itu terus melangkah tanpa menoleh lagi tanpa disedari ada sekeping hati mengharapkan agar untuk sekali dia menoleh ke belakang.Pantas dan yakin sekali langkahnya sedangkan dia terus setia memerhati.
‘Harap dia tersilap langkah dan terjatuh,’ detik hati nakalnya.
Fikiran masih tidal lari daripada memikirkan tentang Auni. Gadis yang diperhatikan di dalam diam. Auni, pada pendapatnya berada di dalam kelas tersendiri. Mempunyai identiti yang tersendiri. Tidak tercemar dengan arus fesyen yang bergerak pantas. Bukanlah termasuk di dalam orang-orang yang tidak berfesyen langsung, tetapi pemilihan pemakaiannya lebih santai dan selamat. Tidak out to date dan tidak juga staylish.. Sebab itulah dia terkejut apabila diberitahu umurnya telah menjangkau dua puluh lima tahun. Ingat budak-budak lagi, rupa-rupanya telah menjadi seorang wanita muda. Yang menjadi persoalan, sudah kerja ke belum? Atau persoalan yang ingin sangat diketahui sudah berpunya ke belum?
Satu lagi yang dikagumi dan semakin menarik minatnya, dia seorang yang menitik beratkan solat. Lihatlah tadi, tidak ada gadis yang didampinginya mengambil kisah tentang azan, bahkan ketika azan maghrib berkumandang mereka telah bersiap-siap hendak keluar menghabiskan masa berhibur di kelab-kelab malam ataupkan karaoke. Terutamanya malam minggu begini. Pelbagai rancangan menarik telah diatur untuk berhibur sehingga ke pagi hari.
Sebaliknya, Auni mengajak menunaikan solat. Hatinya tersentak. Pertama kali di dalam hidupnya, seorang gadis mengajaknya solat bukan kelab malam. Pada pertemuan pertama, dia telah diajak ke arah kebaikan. Bagaimana pula pertemuan-pertemuan seterusnya, adakah keadaan ini berterusan? Ataupun Auni sekadar cantik diluar, di dalam sama sahaja dengan gadis-gadis kota yang ditemuinya?
Apasal pula aku asyik teringatkan dia? Bukankah sebab utama mendekatinya adalah kerana cabaran? Aazad geleng kepala.
Kau buat aku hilang akal bro....
Biarpun begitu, hatinya terasa nyaman.. Tangapan yang terlintas tadi tidak difikirkan secara mendalam. Mungkin kerana hatinya sudah tersuka dengan kesederhanaan yang ditonjolkan oleh Auni tadi. Sesaat kemudian, Aazad mengeluh. Malu menepek di hatinya. Ajakan solat itu bagaikan sindiran sinis buat dirinya. Sejak kedua orang tuanya meninggal, dia bagaikan hanyut di dalam dunianya sendiri. Solat tidak lagi dilaksanakan, puasa jauh sekali apatah lagi menjejakkan kaki ke masjid. Hati, kenapa tiada sesalan bertamu? Subjek pendidikan islam yang dipelajari di sekolah dulu semakin luput di dalam ingatanya. Teringat kata-kata ustaz yang mengajar subjek itu dulu, tiga minggu berturut-turut meninggalkan solat jumaat, hati akan menjadi keras, cahaya hidayah dari Allah s.w.t tidak akan menembusi hatinya lagi.
 ‘Argh... pedulilah. Buat apa nak solat, nak ingatkan Tuhan sedangkan Tuhan tidak pernah sayangkan aku. Tidak pernah bersimpati dengan nasib yang menimpaku. Senang-senang saja DIA matikan kedua ibu bapaku sedangkan aku masih perlukan mereka. Masih mahu kasih sayang mereka. Buat apa harta bernilai jutaan ringgit ini, jika galang gantinya aku kehilangan mereka.
‘Aku tidak perlukan harta ini, yang aku perlukan mama dan papa’ bentak hatinya.
Deringan lagu Maradona kembali berbunyi lagi. Jika tadi dia tidak menghiraukan, kini dia pantas mengambil Ipadnya dan melihat nama pemanggil yang tertera. Ada senyuman tersungging di bibirnya.
“Hello dear
“Ooopss.. Sorry I dalam toilet tadi” Aazad beralasan. Padahal ada aje Iphone disebelahnya.
“Keluar dear, Dah sebulan tak jumpa. Awak balik pun tak contact I, ni I pulak yang terpaksan contact awak. Awak tak rindukan I ke?” Rajuk suara yang sengaja dimanjakan di sebelah sana.
Of course Irindukan awak sangat – sangat. Tapi malam ni I penatlah dear. Esok malam kita jumpa” Aazad sengaja membuat suara letih. Sebetulnya dia tiada mood untuk keluar ke kelab malam ini. Ingin sahaja berehat-rehat dan mengenang bibit perkenalan dengan Auni. Mengenangkan gadis itu, terasa jiwanya yang turut mati bersama kedua orang tuanya kembali hidup.
“Oooh.. Awak penat ya. Why not I pergi sana, boleh juga I tolong picit-picitkan badan awak. Layan awak” Mendayu suara itu memujuk rayu.
Very sorry dear, I need a good rest. Tomorrow night we hang out together. I also miss you so much, dear” Pujuk Aazad lagi.
But I missed  you so much... takkanlah malam ni tak boleh jumpa. Please dear...” suara itu merayu lagi.
“No.. I said no. I tired.. Please understand!” Tegas Aazad menjawab. Rimas dengan rayuan yang tidak faham bahasa ni.
“Ok.. gud night” tanpa sempat suara itu berkata lagi, Aazad terus mematikan talian dan menutup Ipadnya.
Seketika Aazad mangu-mangu. Dia bagaikan tersedar dari tidur yang panjang. Mindanya mula aktif memainkan jalan kehidupan yang dilaluinya sehingga berkenalan dengan Ronny, kekasih hatinya selama ini. Ronny amat memahami dirinya yang sebatang kara. Yang memahami hatinya yang dahagakan belaian kasih sayang. Dia hadir mencurahkan segala cinta dan perhatian terhadapnya. Teguran Encik Badrul tidak dihiraukan kerana sejak kehadirannya, kebahagiaan mula dirasai. Segalanya indah ketika di Kota London, menjadikannya lupa akan asal usulnya.
“Sampai bila kamu hendak hidup macam ni? Kamu tahu tak cinta kamu tu cinta terlarang. Sama sekali diharamkan di dalam islam”
“Haram apa pak cik? Salah ke kalau saya sayangkan dan cintakan dia? Sedang Tuhan tak sayangkan saya. Jadi tak salahkan kalau saya sesuka hati sayangkan dia?” Tegas Aazad berkata-kata.
Hatinya tidak nampak dimana kesalahan yang dilakukan. Di barat.. cinta ini dianggap biasa. Terlalu ramai yang bercinta. Di Malaysia pun, Cuma Encik Badrul sahaja yang tak tahu.
 Encik Badrul menggelengkan kepala. Sukar untuk melentur kekerasan hati anak muda di hadapannya.
“Aazad... Sudah sampai masanya kamu berubah. Syarikat ini memerlukan kamu. Cukup-cukuplah berseronok tu. Fikirkanlah harta peninggalan orang tua kamu yang ditinggalkan. Kamu sebagai pewaris perlu diuruskan.” Nasihat Encik Badrul lembut.
Tidak guna dia berkeras kerana dengan kekerasan tidak dapat melenturkan hati yang sedia keras ini. Encik Badrul tahu Aazad memberontak sejak kematian ke dua orang tuanya. Walaupun begitu Encik Badrul tetap bersyukur, walaupun memberontak Aazad berjaya menggenggam ijazah di dalam bidang kejuruteraan dan master di dalam pengurusan perniagaan. Ilmu itulah yang penting sebagai bekalan untuknya menguruskan empayar yang ditinggalkan.
“Saya tak perlukan harta itu semua pak cik. kalau pak cik nak saya boleh transfer ke semuanya kepada pak cik. lagi pun selama ini pak ciklah yang bersusah payah menguruskannya”
Encik Badrul sekali lagi menggelengkan kepalanya. Dia tidak tak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya agar Aazad sedar bahawa harta ini miliknya. Bukan dirinya. Dia Cuma bapa saudara merangkap peguam yang memegang amanah sementara menunggu masa Aazad benar-benar berkemampuan menguruskannya.
“Ini semua harta kamu. Pak cik sebagai penjaga amanah mama dan papa kamu telah menerima imbuhan setimpal dengan kerja yang pak cik lakukan. Terpulanglah pada kamu untuk buat apa sahaja dengan harta ini. Tetapi bukan diberikan kepada pak cik. Harta pak cik sudah lebih dari mencukupi untuk menampung hidup pak cik sekeluarga” ujar Encik Badrul perlahan.
Aazad tersenyum sinis.
“Itu kata pak cik, bukan mak cik Murni. Kalau boleh semua harta saya ni dia nak” Bukan Aazad tidak sedar ketamakan Puan Murni, isteri Encik Badrulnya. Tidak cukup dengan apa yang dimilikinya, masih lagi mengintai hartanya. Sebab itulah dia tidak betah tinggal di rumah Encik Badrul lama-lama. Nasib baik Encik Badrul juga mempunyai perancangan untuk masa depannya. Habis peperiksaan SPM, dia kembali ke rumah peninggalan arwah orang tuanya dan menyiapkan diri melanjutkan pelajaran ke England.
Encik Badrul terdiam. Tidak dinafikan apa yang dikatakan oleh Aazad. Puas sudah dia menasihati isterinya agar bersyukur dengan apa yang dimilikinya, namun sikap tamak bagaikan telah sebati di dalam dirinya.
“Sebab itulah pak cik mahu kamu uruskan harta kamu ni. Sudah sampai masanya pak cik berehat”
Aazad mengeluh. Dia kembali ke alam realiti.
‘Saya belum bersedia pak cik’ bisik hati kecilnya. Entah mengapa dia tidak berminat dan tiada sesiapapun tahu bahawa dia adalah pewaris empayar bernilai jutaan ringgit.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Trending Articles