“Aisyah..” bisiknya perlahan.
Seakan mendengar panggilan gadis itu berpaling melihatnya. Adrian tergamam.
Wajah itu?
Aisyah ..
Namun gadis itu hanya melihatnya sekilas sebelum kembali melangkah. Seolah-olah mereka tidak pernah kenal. Adrian tergamam seketika sebelum berlari mengejar gadis itu. Wajah itu wajah Aisyah. Dia yakin itu Aisyah . Aisyah telah kembali. Hati mula dipenuhi puing-puing kegembiraan. Namun gadis itu telah menghilang. Puas dia mencari sekeliling namun bayang-bayang gadis itu sudah tiada. Adrian berhenti berlari dan mencari. Dia terduduk kelelahan. Dia seolah-olah menafikan kenyataan yang Aisyah telah pergi tiga tahun lepas.
“Aisyah.. Saya sangat rindukan awak,” rintih hati Adrian . Matanya merah. Dia tunduk menyembunyikan wajahnya dari tatapan orang ramai. Kembali ke Malaysia seolah-olah kembali ke dalam kenangannya bersama Aisyah . Nama yang tak pernah hilang dari jiwanya. Sentiasa di sebut di antara lena dan terjaga.
“Abang Ryan?” tiba-tiba ada suara garau menegur dengan nada tak percaya.
Adrian angkat wajahnya. Izwan tercegat di hadapannya dengan wajah terkejut juga gembira..
“Wan dah agak tadi Abang Ryan,” sengihnya. Dia ambil tempat di sebelah Adrian . Hampir 3 tahun mereka tidak bertemu setelah pemergian Aisyah .
“Abang bila balik?” ramah Izwan bertanya. Dia memerhati Abang Ryan, tidak banyak berubah, masih lagi kacak dan tinggi seperti dulu. Cuma dia nampak sedikit kurus dan senyumnya tidak lagi seperti dulu. Kerana pemergian Aisyah bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada keluarga tetapi juga kepada Adrian .
“Dah hampir seminggu,” jawab Adrian .
“Buat apa kat sini? Shopping? Tengok wayang?” tanya Adrian . Dia telah dapat menstabilkan emosinya. Wajahnya pun sudah kembali seperti sediakala.
“Temankan Ana dan Fatimah shopping tetapi fahamlah kalau perempuan ni bershopping, satu shopping mall ni mereka tawaf. Wan malas nak follow dah, penat kaki jalan, tapi belinya satu pun tak lagi. Jadi Wan suruh dia orang jalan sendiri. Dah siap baru call,” jelas Izwan. Tapi kalau Ana tahu dia terjumpa Adrian ni, pasti tak jadi shopping.
Adrian angguk.
“Abang Ryan balik bercuti ke balik terus?” Seminggu selepas pemergiaan Aisyah, Adrian mendapat berita bapanya terkena strok. Ayahnya meninggal dunia dua minggu selepas itu. Jadi dia terpaksa balik mengambil alih syarikat keluarganya yang sedang mengalami masalah kewangan.
“Kerja sambil bercuti,” beritahu Adrian. Tidak ada siapa pun tahu status dirinya. Adrian mengerling ke sebelah kanan, memberi isyarat mata supaya tidak menonjolkan diri.
“Berapa lama?” soal Izwan sedikit hampa. Namun dia faham tidak ada sebab untuk Adrian tinggal di Malaysia lagi. Keluarganya menetap di Korea Selatan.
“Belum tentu lagi Wan. Mungkin seminggu atau lebih dari sebulan. Kerja abang tak tentu,” balas Adrian sambil menepuk mesra bahu Izwan.
Dia tahu Izwan kecewa kerana dia terpaksa balik ke Seoul tergesa-gesa dulu.
“Okeh. Tengah dahaga jugak ni. Nanti saya whatapps Ana bagitahu. Tentu dia pun gembira bila tahu abang balik,” cadang Izwan. Sengaja dia menukar topik lain, tidak mahu Adrian mengingati keisah lalu.
Adrian angguk setuju. Adik-adik Aisyah telah dianggap seperti adik-adiknya sendiri. Ketika Aisyah masih ada mereka selalu mengisi waktu di hujung minggu dengan aktiviti riadah bersama. Aisyah seorang yang sangat mengambil berat dan menjaga adik-adiknya. Sebab itulah dia menjadi kakak kesayangan malah gadis kesayangan juga. Kalaulah Aisyah masih ada.
“Anna tadi jadi sekali dengan Fatim. Fatim sepupu kami yang tinggal di Johor Bharu. Sekarang dia sambung belajar dekat Uitm, Shah Alam,” Izwan berhenti seketika menarik nafas. Dipandang wajah Adrian, mahu melihat jika ada perubahan. Namun dia hampa kerana wajah Adrian tenang dan tidak berubah.
“Abang jangan terkejut melihat Fatim nanti.” Saat ini baru Adrian memberi reaksi kepada kata-kata Izwan.
Keningnya terangkat, menyoal dalam diam.
“Wajah Fatim saling tak tumpah wajah Kak Aisyah.”
Air muka Adrian berubah. Jadi gadis yang dilihat tadi Fatim? Soalnya pada diri sendiri.
Adrian menarik nafas panjang. Dada masih lagi sesak dengan rindu kepada Aisyah . Di Mall ini mereka selalu menonton wayang dan membeli belah bersama. Di sini terlalu banyak memorinya bersama Aisyah. Rupa-rupanya selama rindunya kepada Aisyah tidak pernah hilang. Masih lagi subur mekar di hati.
“Kejap lagi Ana dan Fatimah sampai. Bila saya cakap terjumpa dengan abang terus Ana tak sabar nak jumpa abang jugak,” beritahu Izwan sambil ketawa.
Adrian menepuk bahu Izwan. Teringat Ana yang comel. Selalu malu-malu ketika berjumpanya.
“Ana masih pemalu lagi ke?”
Cepat Izwan geleng kepala. “Pemalu apanya bang, minah kepoh dan Kpop sekarang ni. Siap ada tik tok dan dah jadi instafamous. Tak ada dah budak pemalu dulu bang,” rancak Izwan bercerita.
Adrian angguk. Tiga berlalu, banyak yang telah berubah. Cuma dia masih lagi hidup dalam bayangan Aisyah . Saat mereka melintas kedai kasut berjenama Bata, memori bersama Aisyah mengetuk hatinya.
Aisyah berhenti di hadapan kedai bata. Hasratnya mahu mencari kasut kerja. Yang dia guna selama ini kasut sekolah dulu. Tapaknya dah haus. Kalau lantai basah dan licin, nauzubillah lah.. tak banyak fikir dia terus melangkah masuk. Melihat satu demi satu kasut dan sandal yang dipamerkan. Jumpa yang berkenan di hati terus dipanggil jurujual meminta saiz kasutnya.
“Hai..”
Aisyah terus berpaling. Tergamam.
My prince charming.
“Alone?” suara garau Adrian bertanya.
Aisyah kelu nak bersuara. Dekat pam minyak ramahlah sebab kerjanya dan juga Kak Noza ada kat situ. Di sini dia sendirian dan tak pernah mimpi pun terjumpa dengan Mr prince charmingnya. Dia angguk laju.
Terus hati Adrian tenang.
“Shopping?” ramah dia bertanya tapi dahinya berkerut.
Manakala Aisyah sibuk menenangkan hati sendiri. Tidak mahu terus memalukan diri sendiri. Tak nak tunjuk sangat bahawa dia sangat teruja berjumpa Mr prince charming di sini.
“Saya temankan boleh?”
Bulat mata Aisya mendengarnya. Teman dia shopping? Biar betul?
“Boleh tak? Ke ada yang marah nanti?” duga Adrian, mahu tahu status gadis itu. Mana tahu dah berpunya dia takkan kacau.
Aisyah geleng kepala. “Siapa nak marah?” soalnya kembali.
“Boyfriend awak,” Adrian bercakap terus terang.
“Saya tak ada boyfriend pun,”tulus saja Aisyah tanpa menyedari jawapannya memberikan harapan di hati Adrian .
“Cik.. kasut cik.” Jurujual menghulurkan kasut yang Aisyah minta tadi.
Aisyah duduk mencuba kasut tersebut. Adrian memerhati tingkah lakunya. Sempat dijeling kaki Aisyah sekilas sebelum dilarikan matanya. Dia menelan liur.
“Saya tunggu awak kat kaunter,” beritahunya.
“Ok.”
“Saya ambil kasut ni,” beritahu Aisyah sebelum mengikut Adrian ke kuanter pembayaran.
“Saya belanja awak sempena perkenalan rasmi kita hari ini,” ujar Adrian tanpa memberi Aisyah kesempatan menolaknya.
Terkebil-kebil Aisyah melihat juruwang menerima wang daripada Adrian .
“Tapi saya tak ta..”
“Terima kasih..” ucap Adrian kepada juruwang di kaunter.
Aisyah tak jadi nak sambung ayatnya. Dia mengekor Adrian keluar dari outlet Bata itu.
“Kita pergi dating?” saran Adrian . Sengaja mengambil kesempatan. Selepas malam itu dia sibuk di studio, tak keluar selama 2 minggu. Jadi bila kerjanya dah habis dan kebetulan berjumpa pula Aisyah di sini, baik ambil kesempatan ini. Boleh berkenalan lebih dekat lagi.
“Tak apa ke? Girlfriend awak tak marah?”
Laju Adrian geleng kepala. Dia senyum.
“Girlfriend saya ada depan mata. Saya ajak dialah dating ni.”
Perrh.. Aisyah terus hilang kata, pipinya bertukar warna pink.