Quantcast
Channel: Shima Rostam Book & Sandwich
Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Mini novela : Aku bukan Penggoda! - 1

$
0
0
Sekian lama tak ada cerita baru kan? Seperti yang dijanjikan dalam pages FB semalam....
Jom baca.....


Pang!

Fail setebal setengah inci dihempaskan kuat. Hatinya panas. Kewibawaanya melaksanakan tugas terasa dipertikaikan. Tanpa sebarang alasan kukuh, kes yang hampir selesai terpaksa diserahkan kepada rakan setugas untuk dikendalikan. Bukankah buang masa dan tenaga sahaja? Kenapa tidak biarkan dia menguruskannya sehingga semuanya selesai. Bos ni ikut sangat telunjuk tak matang Client tersebut.
Apa salahnya? Kerjanya tak bagus ke sehingga dia perlu ditukarkan?

‘Aku rasa aku telah lakukan yang terbaik. Lagipun kes ni Firma guaman je, bukannya sulit sangat akaun dia, cuma hendak memastikan deposit wang masuk dan keluar direkodkan dengan betul dalam akaun yang betul saja. Lagipun aku telah menyemak semua rekod yang ada, tak ada masalah pun. Hailah... peninglah dapat Client macam ni, suka hati dia nak buat apa. Bila lihat inbois, pandai pulak minta diskaun. Ingat setiap kerja yang dilakukan percuma ke? Bebelnya dalam hati.

Beberapa orang budak praktikal hanya memandangnya tanpa ingin bertanya. Gerun. Tidak ada siapa yang ingin cari pasal semasa angin puting beliungnya datang. Dia menghela nafas. Cuba meraih kesabaran dalam hati. Sepatutnya dia tidak boleh naik angin begini. Bukankah telah berkali-kali disogok dengan slogan ‘Client adalah raja dan kata-kata mereka semuanya betul.” Tanpa sedar Baizura mengeluh.

Sikit lagi nak siap kes tersebut. Hanya beberapa working paper saja perlu dikemaskini. Dia paling anti buat kerja separuh jalan. Susah atau serabut mana pun kes yang dikendalikannya, dia akan pastikannya siap di tangannya. Jadi takkanlah kes ini separuh jalan! Pertama kali prinsip kerjanya terpaksa dilanggar.

Geram, menyampah dengan Encik Nik Rizal ni!

Grrr...Encik Nik Rizal ni satu hal, apa masalah dia sebenarnya? Sanggup di saat-saat akhir tukar orang. Selama aku buat kerja tak nampak pulak masalahnya. Dah nak siap baru cakap? Hari tu beriya-iya minta siapkan cepat. Hari ini lain pula ceritanya. Bikin hati aku ni ketat semacam je!

Terlintas di hatinya untuk menghubungi seseorang yang dirasakan amat membantu ketika ini. Tapi....
Kau jangan Zura.. Jangan cari pasal okey. Takkanlah kena uji sikit nak telefon minta tolong dia. Jangan mengada ya! Ingat sikit dia di mana, kau di mana?

Jangan pulak semata-mata panggilan kau, dia turun ke mari! Hatinya membantah keras.
Betul tu.. tak boleh cakap kat dia! Selesaikan sendiri. Lagipun kes ni patutnya kerja budak praktikal je, tak mencabar langsung!

Baizura menekur meja.

Dia teringatkan saat dipanggil masuk ke bilik bos tadi. Tak sempat hendak duduk, bos telah keluarkan arahan. Tercegat di hadapan bos. Kelu sekejap lidahnya mendengar arahan yang keluar daripada mulut bos itu.

 “Zura, lepas ni serahkan kes Encik Nik Rizal tu kepada Johan.”

“Tapi Encik Asri, kes tersebut sikit lagi nak siap. Datelinedia jumaat ni,” Jelas Baizura.

“Saya tahu. Tapi ini permintaan dari Encik Rizal sendiri. Terlepas dateline pun tak apa, katanya.”

“Tapi kenapa Encik Asri. Dia tak puas hati dengan kerja saya ke?” Soal Baizura ingin tahu. Pertama kali terkena, tentulah dia mahu tahu sebab konkritnya.

“Bukan... Kerja awak bagus. Saya pun tahu tahap mana kecekapan awak menjalankan kerja. Tapi macam mana saya hendak terangkan ya!” Encik Asri terhenti seketika.

Baizura terus menunggu penjelasannya.

“Dia sebenarnya kurang selesa berurusan dengan perempuan. Lebih-lebih lagi apabila awak menasihatinya cara-cara menguruskan pentadbiran dan kewangan firmanya.” Jelas Encik Asri.
Bulat terus mata Baizura mendengarnya.

Apa? Kurang selesa? Poyolah... Omel hatinya. Alasan tak munasabah langsung.

Tapi tak kisahlahkan. Clientkan raja! Ikut je kehendak mereka, asalkan kerja siap. Bayaran pula diterima on time!

Hatinya mengeluh. Walaupun dia cuba sebaik mungkin menjalin hubungan baik dengan Client, namun hati orang ni susah hendak diduga. Cara komunikasinya tentu sekali tidak ada masalah. Kerjanya pula tidak pernah melanggar batas hak peribadi Client. Teratur pula tu. Jadi apa masalahnya? Tentu sekali Encik Nik Rizal tu yang sengaja cari masalah. Cari pasal.

‘Kerja yang aku buat semuanya ikut prosedur. Tidak pula melanggar hak peribadi Client.’

Bila difikirkan semula, hatinya sebal. Geram teramat. Sejak mula bekerja, tidak pernah lagi dialami, keadaan di mana Client tiba-tiba minta ditukarkan ‘person in charge’ kes mereka. Walaupun ini bukan kali pertama terjadi dalam firma audit ini, tetapi ini kali pertama dia terkena. Memang kacau mood dan semangat kerjanya. Perkara ini sebenarnya boleh dibawa berbincang. Patutnya jika Encik Nik Rizal ada rasa tidak puas hati dengan stail kerjanya, bersemuka terus dengannya bukannya mengadu dengan bos.  Apa yang salah akan diperbaiki. Jika tak puashati lagi, dia boleh minta bos tukarkannya dengan orang lain.

Terasa sangat bila kerjanya dipertikaikan.

 “Tapi, selama saya berurusan dengan dia, tak ada pula nampak dia tak selesa,” Baizura masih lagi tidak puas hati.

Encik Asri memandangnya sambil bersandar ke belakang kerusinya. Wajahnya pula, tenang seperti biasa. Dirinya yang berdiri di perhatikan. Tidak pula dipelawa duduk. Dia pun tak ingin berlama di dalam bilik ini. Banya kerja lagi perlu disiapkan. Jarang sangat sebenarnya dia masuk ke bilik ini, sebab kerjanya tidak pernah mengecewakan Encik Asri. Jadi tidak ada sebab Encik Asri memanggilnya mengadap.

“Awak kena ingat, Client adalah raja. Apa sahaja yang mereka kehendaki mesti dipenuhi. Jadi saya rasa tidak ada masalah pun jika Johan ambil alih kes Encik Rizal tu. Lagipun awak boleh tumpukan kerja-kerja pengauditan kes lain.” Bicara Encik Asri lagi.

Iya apa yang bos cakap tu memang betul pun. Tapi diri dia ni haa... tak puas hati!

Hendak tak hendak dia terpaksa akur. Lagipun ini kehendak Encik Rizal sendirikan? Lagipun molek sangatlah, ringan sikit bebannya. Banyak kes lain lagi yang perlu dibereskan.

“Kau kenapa?” Soal Zafira, berbisik.

Baizura geleng kepala.

“Bos suruh serahkan fail kes firma guaman tu kepada Johan. Tiba-tiba nak tukar orang. Pelik aku. Kerja aku tak bagus ke?”

“Firma guaman? Encik Nik Rizal yang hensem tu ke?” Soal Zafira lagi inginkan kepastian.

Baizura angguk. Dalam  masa yang sama Johan menghampiri meja Baizura.

“Minta fail firma guaman tu?” Datar suara Johan. Baizura tahu Johan tidak puas hati. Pastinya sudah sebakul sumpah seranah yang keluar sepanjang dia berjalan menuju ke tempatnya.

“Kau jangan nak tunjuk muka tenuk kat sini. Bukan aku yang minta tukar ya. Client yang minta. Nak marah pun kau pergi marah dia.” Baizura memberi amaran sambil menyerahkan fail tersebut.

“Aku tak marah kau lah. Aku tahu kau kerja macam mana. Aku tak puas hati dengan bos. Yang pergi layan permintaan tak masuk akal Encik Rizal tu apahal. Kes dia dah hampir siap pun. Pass pula pada aku, satu hal pula aku kena stadi balik dari awal.” Rungut Johan.

Baizura angkat bahu. Tangannya rasa ringan je ingin mengangkat ganggang dan telefon Encik Rizal. Tapi terbantut apabila teringat kata-kata bos, Encik Rizal tidak selesa berurusan dengan perempuan. Jadi sebab itulah dia minta tukar. Nah itu kan alasan kukuhnya. Buat apa tebalkan muka bertanya lagi.
Dan hatinya semakin teringatkan Dia.

Agak-agak dia tahu tak tentang perkara ni? Dia kan Partnerdi situ?

Hurmm Partner pun, dia bukannya jaga cawangan Kuantan ni! Dia ada di Kuala Lumpurlah, cik mek wei!


*****

Viewing all articles
Browse latest Browse all 366

Trending Articles