Pagi Ahad yang permai dan tenang.... Terima kasih Ya Allah di atas rahmat-Mu....
Saya mengadap komputer pagi-pagi hari....
Tengah mencari idea dan ilham untuk memanjangkan kisah AKU BUKAN PENGGODA.
Ada permintaan, cerita ini dijadikan novel. So saya kena fikir macam mana nak beranakkan daripada 11 bab kepada 60 bab.
Ada sesiapa boleh bagi Idea tak?
Sinopsis pun saya tak tulis lagi... hanya tersimpan dalam kepala saya...
Tak pe saya cerita sikit kat sini....
Aku BUkan Penggoda berkisahkan tiga individu...
Baizura, Rizal dan Si Dia (hurmm rahsia lagi)
Baizura :
Sebelum terikat dan terkurung, aku mahu merasai kebebasan hidup sebagai seorang gadis biasa. Bekerja, berkawan dan mencapai apa yang aku inginkan tanpa bantuan Dia atau sesiapa saja. Aku tahu aku terlalu dimanjakan oleh mereka. Jadi di sini biarlah aku bina kekuatan diri untuk menongkah arus kehidupan di masa depan. Aku tahu bukan senang menjadi pendampingnya. Jadi aku harus kuat dan perlu mencari kekuatan itu dengan caraku sendiri.
Rizal :
Aku tak percaya Baizura itu perempuan baik. Aku tahu dia mempunyai niat untuk menggoda aku. Aku tahu dan aku akan buktikan dia bukanlah sebaik mana.
Namun semakin lama aku mengenalinya, semakin aku mahu rapat dengannya. Ya.. kami telah berbaik tetapi aku dapat merasakan wujudnya benteng kaca yang memisahkan kami. Aku cuba memecahkannya tetapi tak terdaya. Kenapa dan mengapa?
Si Dia:
Mengenalinya membuatkan aku ingin melindungi dan menyayanginya. Mengenalinya membuatkan duniaku berwarna warni. Ya Allah, aku amat mencintainya. Dia telah sebati dengan jiwaku. Dan sesaat pun aku tidak mahu dia jauh dariku.
Tapi aku juga perlu belajar bersabar dan memahami. Melepaskannya jauh dariku buat seketika, walaupun sukar, terpaksa aku lakukan demi cintaku padanya. Moga dia mengerti aku di sini sentiasa ADA untuknya...
Dan sekarang melakar cerita....