Baizura ternanti-nanti juga ajakan Si dia, tapi tak ada pula. Walaupun mereka berwhatapps seperti biasa, Baizura tidak berani bertanya apa-apa. Melihat dia berada di restoran Sri Suria hari tu pun jantungnya telah berdengup kencang. Jelingan tajam sudah cukup membuatkan hatinya seriau. Wajahnya tenang tapi renungan Si Dia terasa boleh membunuh jiwanya. Kadang kala tu, sepatah katanya saja sudah boleh membuat Baizura terdiam seribu bahasa.
Okeh.. bukan takut ya.. tapi hormat.
‘Tentu dia telah dengar cerita dari Rizal perasan tu. Apa agaknya pendapat dia? Percaya bulat-bulat ke tuduhan Rizal tu. Tapi takkanlah dia tak kenal aku lagi?’
‘Tak mungkinlah.’ Baizura geleng kepala.
Mengingati Rizal, terbit perasaan benci dan menyampah. Tentu sekali mamat perasan tu tidak akan melepaskan peluang untuk bercerita. Eh bukan paling tepat mengata dirinya. Penggoda!
Pelik bin ajaib, bila masa aku cuba goda? Bila masa aku meliuk lentuk dan buat suara manja-manja ni? Puas juga difikirkan di setiap pertemuan mereka ketika berurusan. Manalah tahu kot-kot terlebih cakap dan keterlaluan tingkah laku. Tak ada! Memang betul tak adalah. Lagipun jumpa dia dua tiga kali je. Itu pun Si Syah budak praktikal tu yang jadi orang ketiga.
Apa reaksi Si Dia ya?
Baizura tidak berani membayangkan lagi. Si Dia pula tidak pula bertanya apa-apa. Baizura garu kepala. Dia tak dapat duduk diam. Sekejap berada depan tv, sekejap berada di dalam biliknya. Sampaikan rakan serumah yang seramai tiga orang tu pelik. Pakat melihatnya seperti kera terhidu belacan. Baizura sengih. Tangan kanannya masih menggenggam Sony Xperianya.
Zafira : Jom lepak-lepak kat esplanade. 15 minit lagi kami sampai.
Baizura : Ok. Tapi jumpa kat sanalah. Aku pergi sendiri. Setengah jam lagi.
Zafira : Ok, roger babe.
Baizura berfikir seketika.
Cakap ke tidak? Cakap ke tidak?
Ah cakap je laaa.... Buat macam biasa.
*****
Dari jauh Baizura melihat Zafira rancak berbual dengan empat orang lelaki. Tak sangka pulak minah ni peramah. Bukan main lagi tersenyum lebar. Rasa segan pula hendak mendekati mereka. Tapi hendak patah balik, dah tak boleh sebab Zafira awal-awal lagi telah nampak. Terpaksalah dia menapak menghampiri mereka.
“Assalamualaikum...”Salam diberikan.Tiga orang lelaki yang membelakanginya berpaling.
Kakinya terasa berat melangkah. Tiga pasang mata itu seolah-olah memaku kakinya ke bumi. Senyuman plastik terukir di bibir. Dipaksa kaki melangkah dan mengambil tempat di sisi Zafira yang tersengih-sengih sejak melihatnya tadi.
“Kebetulan masa kami sampai, Rizal dan kawan-kawannya telah ada kat sini. Meja pulak penuh...” Johan memberikan penjelasan. Manakala Zafira pula angkat tangan buat peace. Peluang berkenalan dengan rakan kongsi Rizal tidak patut dilepaskan. Kedua-duanya lebih kacak dan berkarisma berbanding dengan Rizal. Sebab itulah dia tidak kisahkan Rizal perasan itu.
Hurmmm... rupanya dia dah ada di sini. Patutnya balas ok je tadi, omel hati Baizura.
“Kenalkan ini Aizat dan Zamri. Partner firma Rizal ni.”
“Hai... aa..aabang Ai, Abang Zamri dan Aizat.” Sapa Baizura.
Fuhhh....
Bulat mata Zafira mendengarnya. Pertama kali Baizura gagap dan membahasakan diri orang yang ditegur itu abang. Wah... ada benda yang aku tertinggal ke ni?
“Hai... hai apa Zura. Takkanlah beberapa bulan tak jumpa dah ada penyakit gagap!” Sindir Zamri.
Baizura mengherotkan mulutnya. Ni yang tak suka jumpa dengan Zamri ni. Tak ada kerja lain, selain cakap sindir-sindir.
“Gagap terkejut, abang hensem mana tadi. Ingatkan bidadara jatuh dari langit.” Pantas Baizura menyindir.
“Dah cukup syarat ke hendak dapat bidadara ni?” Celah Aizat, mencerun matanya. Okeh-okeh, tak mampu nak lawan panahan mata itu. Baik tunduk.
“Abang Zamri, boleh tak mintak member tu, kurang sikit bagi panahan asmara dia tu. Seramlah. Berdiri roma ni hah...”
Zamri ketawa terkekeh-kekeh. Aizat mencerun melihat Baizura.
Rizal pula terkebil-kebil menghadapi situasi ini. Manakala Johan dan Zafira saling berpandangannya. Baizura tahu mereka semua mesti terkejut. Tapi biarkanlah. Si Zafira tu confirm selepas ini takkan lepaskan peluang untuk menemuramahnya.
“Hey Sorry, I’m late. Hai Abang Zam dan Abang Aizat. Lama kita tak jumpa kan? Selamba sahaja Sooraya mengambil tempat di sisi Rizal.
“Aik... minah penggoda ni pun ada jugak!” Sooraya buat muka terkejut. Terkuat suaranya.
Mereka semua terdiam.
“Kalau mulut longkang, bibir merah menyala pun, mekap tebal beberapa inci pun takkan dapat tutup bau busuk tu,” getus Zafira.
“Apa you cakap?”Melengking suara Sooraya menyoal. Panas telinga. Sudahlah suhu petang ini agak panas. Terduduk sama pulak dengan orang yang tak sepatutnya ada. Panas badan, panas hati.
“Kalau abang Zam dan abang Aizat nak tahu, minah ni cuba goda Rizal. Nasib baik Rizal cepat-cepat sedar.” Macam bertih mulutnya bercerita. Dia tidak melepaskan peluang untuk menceritakan perkara sebenar. Biar mereka tahu dan berwaspada dengan muka polos baik Baizura itu.
“Wait... Minah ni, tu siapa? Si Zura ni? Nak goda Rizal? Apa punya lawak kau nih?” Johan bersuara. Dia kemudiannya ketawa.
“Siapa yang buat cerita ni?” tak habis-habis Si Johan ketawa. Macamlah lawak sangat perkara ni.
“Kau rasa siapa?” Sindir Zafira.
Mata Johan terus terpanah pada Rizal.
“Kau? Sebab itulah kau beriya-iya minta tukar, padahal kes kau dah nak siap.”
“Mata kau letak kat mana? Lutut? Atau punggung?” Soal Johan keras. Tak sangka pula ada cerita di sebalik kes tersebut.
Johan geleng kepala.
“Tuduhan paling lawak dan tak berasas sama sekali. Jika kau tuduh tunang kau ni goda aku, logik jugak.” Sinis Johan. Pantang dia dengan orang yang suka buat fitnah ini.
“Zura nak goda Client? Aku rasa Client yang cuba goda dia? Baru Client ambil selangkah ke depan, Zura dah sepuluh tapak mengundur ke belakang. Jangan haraplah Zura nak saja-saja berhubung dengan Clienttanpa tujuan. Inikan pula hendak menggoda. Memang buta hatilah orang yang membuat tuduhan tersebut.” Johan terus bercerita tanpa mempedulikan jelingan Sooraya.
Bera wajah Rizal mendengarnya. Terkena batang hidung sendiri. Dia hilang kata. Sejak berjumpa Zamri dan Aizat semalam, semalaman dia berfikir. Tentang tuduhannya kepada Baizura. Kemesraan Baizura dengan Zamri dan Aizat sebentar tadi membuatkan dia menelan liur. Peluh sejuk mula keluar.
Baizura diam.
“Jaga mulut tu sikit!”Marah Sooraya.
“You ni tak de mulut ke nak balas! Betulkan minah ni cuba goda you?” Soal Sooraya bengang.
Macam mimpi ngeri pula hari ini. Baizura pejam mata.
“Aku nak baliklah!” Baizura berdiri. Ingatkan bolehlah tenangkan fikiran. Tapi lagi mengusutkan fikiran.
“Abang Zam hantar.”
Melolot mata Sooraya mendengarnya. Tak percaya dengan apa yang didengarinya.
Sampai abang Zam pun tergoda. Hebat minah ni!
“Tak apa, saya tahu jalan pulang ke rumah saya. Takut pulak kena tuduh lagi.” tolak Baizura. Matanya berkaca. Hanya tunggu masa sahaja hendak pecah.
“Aku ikut.” Zafira ikut berdiri. Tak tergamak hendak membiarkan Baizura pulang sendirian. Tak habis-habis si Rizal hendak menyakiti hati Baizura. Tambah lagi sorang, tunangnya. Apa salah Zura pada mereka berdua, sehingga tega menjaja cerita mengarut ini.
Sepeninggalan Baizura dan Zafira, atmospera mereka berlima kurang baik.
“Aku rasa, kita patut fikirkan semula mengenai partner firma kita, Zamri.” Aizat mula bersuara. Bila dia telah bersuara, semua mati kutu. Auranya terasa menakutkan. Sebab apa yang terkeluar dari mulutnya pasti akan dikotakan.
Rizal terkejut mendengarnya. Sooraya diam, tidak faham. Apa kaitan partner firma dengan perkara ini.
Manakala Zamri bersikap selamba. Dia dapat mengagak perkara ini akan ditimbulkan. Dia pun panas hati. Tapi tak adalah sampai buang partner pulak.
“Kita bincang kemudian. Rizal, kau patut fikirkan dalam-dalam tujuan kau menjadi peguam dan bahana sikap perasan kau tu. Jangan sebab sikap perasan kau tu, periuk nasi kau binasa.” Zamri bersuara.
Johan tersenyum sinis. Memang padam muka!
“Takkanlah sebab si penggoda tu, abang nak buang Rizal? Terang-terang minah tu yang nak goda Rizal kan?” Sooraya bersuara lagi.
“You... Sooraya, kalau tak tahu apa-apa baik diam!”
“Honey....”
“You shut up!” Bisik Rizal rimas.
Dia buntu.
*****