“Terima kasih Ya Allah.”
Penantian selama dua hari akhirnya melegakan hatinya. Bangun pagi tadi dia rasa tak selesa. Terus pergi tandas dan bibirnya senyum lebar. Mujurlah aku tidak mengandung, getus hati kecilnya.
Aku mahu bertaubat. Aku mahu mencintai-MU sahaja. Aku menyesal di atas kelalaian diri sendiri.
Hatinya bertekad. Dia tidak mahu terlibat lagi dalam soal hati. Dia mahu rantai perasaaannya kemas-kemas. Dia sudah tidak layak untuk bermimpi yang indah-indah pun sekarang. Dia mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Lulus dengan cemerlang. Cari kerja dan berbakti kepada mak dan ayah. Dengan semangat baru Ami melangkah menuju ke dewan kuliah di bangunan fakulti ekonomi dan pengurusan.
“Ceria kau hari ni?”
Ami tayang sengih.
“Aku tak nak bersedih lagi. Tak guna mengenangkan apa yang telah hilang. Aku kena move on.”
Wawa angguk dan senyum.
“Bagus. Itulah yang aku nak dengar,” sokong Wawa.
“Terima kasih Wawa sebab tak pandang serong kat aku.”
Wawa angkat kening. “ Siapa cakap? Aku memang pandang serong pun kat kau. Tapi sebab kau dah sedar diri., aku tarik balik,” Wawa tayang sengih.
“Tapi kau tak nak balik bilik kau ke?”
Ami geleng kepala.
“Aku rasa cukuplah aku sebilik dengan diorang selama ini. Nanti kau tolong temankan aku, aku nak cari bilik sewa dekat SS.”
“Tak payahlah. Aku tumpang bilik aku dah lah. Lagipun roommate aku tak duduk bilik pun. Dia ulang alik dari rumah dia. Nanti aku cakap dekat dia kau nak tumpang.”
“Boleh ke?”
“Boleh.. Dia okey. Lagipun kadang-kadang je dia tidur dekat kolej.”
Dalam mereka rancak berbual, tiba-tiba satu pasangan ambil tempat di hadapan mereka, terdiam Ami melihatnya. Dia geleng kepala. Semakin meluat dengan gelagat tak tahu malu pasangan ini. Sudah-sudahlah berasmaradana di khalayak ramai. Nak sangat pergi pejabat agama, nikah. Kemudian masuk bilik. Buatlah apa pun kat dalam bilik tu orang tak kisah. Ni berbulu matanya melihat.
“Aku sakit matalah Wawa. Jomlah kita pergi,” ajak Ami.
“Aku pulak loya nak muntah. Perut masuk angin kot tak makan pagi tadi,” balas Wawa pula.
“Jangan kau muntah kat sini sudahlah Wawa. Tak kuasa aku nak tolong basuhkan,” sambut Ami sambil pandang pasangan di hadapannya.
Wawa ketawa. “ Tak apa.. Nanti orang takkan cakap aku yang muntah. Tapi orang depan ni yang muntah. Mana tahu kot-kot dah ada isi,” sengaja Wawa kuatkan suara.
“Jangan merepeklah kau...” Ami tarik tangan Wawa apabila terlihat wajah Hafiz dan pasangannya dah berubah merah. Mereka yang duduk berdekatan pun berbisik-bisik. Namun hatinya Ami puas. Biarlah nak kata mulutnya jahat sekali pun. Sesekali perlu juga di ajar agar mereka bersikap sopan di depan orang ramai.
Wawa dan Ami masih lagi ketawa menuju ke dewan kuliah. Namun ketawa Ami tiba-tiba mati. Didepannya seseorang yang tidak mahu dilihat sampai bila-bila. Sedang bercakap dan ketawa bersama Prof. Yusuf. Wawa menyedari perubahan Ami itu turut melihat ke depan. Patutlah. Betul apa yang aku rasa hari tu.
Ami berhenti melangkah. Dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun nasibnya kali ini tak berapa baik. Prof Yusuf nampak mereka berdua.
“Haa.. Amina Nabila, Najwa.” Prof. Yusuf lambai tangan kepada mereka.
“Apa orang tua ni nak pulak,” bisik Wawa. Bibirnya kuntum senyum. Manakala Ami pula senyum paksa. Seboleh mungkin dia cuba elak memandang lelaki bersama dengan Prof. Ali itu.
“Ni saya perkenalkan, Amru Hafiz. Bekas student saya. Lepas habis belajar dia sambung ambil ACCA di Australia.”
Ami dan Wawa tunduk tanda hormat. Amru senyum dan angguk. Matanya tak lepas pandang wajah Ami. Semakin cantik pulak di matanya.
“Saya baru sahaja bagi resume kamu kepada Amru. Dia ni manager di Yusuf Tan, Fong & Co. Jadi kamu tak payah risau lagi pasal tempat praktikal. Next semester, lapor diri kat sana.”
Belum bertanya Prof. Yusuf dah beritahu. Terdiam Ami dibuatnya. Ya Allah, nak lari makin dekat.
“Terima kasih Prof,” ucap Wawa bagi pihak mereka berdua. Ami pula diam seribu bahasa. Wajah ceria tadi dah hilang entah ke mana di bawa angin.
“Erk.. Kami ada kuliah costing ni Prof. Kami pergi dulu ya..” Wawa tarik tangan Ami menuju ke dewan kuliah setelah melihat Prof Yong berjalan ke dewan kuliah.
Prof. Yusuf angguk.
Amru pula melihat dengan ekor matanya.
“Uncle dah tolong kau. Pandai-pandailah kau fikirkan caranya nanti.”
“Terima kasih uncle.”
“Uncle berkenan dengan si Ami tu. Nasib baik uncle tak ada anak lelaki. Kalau tak, dah lama uncle cop Ami jadi menantu uncle.”
“Jadi isteri saya pun nanti, anak saudara unclejuga.”
“Ye lah.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.