Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Masih lagi rancak berpesta buku di PWTC minggu ini. Jangan lupa dapatkan novel terbaru saya terbitan +lovenovel enterprise CINTA ASMA DAN FERHAD. Juga terbitan +Anaasa Publication BERIKAN AKU PELUANG MENCINTAIMU. Gerenti Best!!
Sambung kerja dan sambung update blog.. Okey... Siapa yang ikut kisah ni dulu... Cuba komen ya. Ada ingat mereka lagi?
Lima belas tahun lalu…
“Kau dah buat apa yang aku suruh.”
“Dah puan.”
“Apa hasilnya?
“Kemalangan itu memang telah dirancang.”
Aminah diam. ‘Memang aku dah agak! Menantu aku tak mungkin cuai,’ gumam hatinya.
“Macam yang puan agak hari itu. ACE Vision Art Sdn Bhd telah dimiliki sepenuhnya oleh keluargaTengku Yahya. Menurut setiausaha syarikat, pertukaran nama adalah sah dan ditandatangani sendiri oleh Encik Ibrahim dan anak puan.”
“Tak mungkin! Kalau betul ada saham syarikat bertukar tangan, sepatutnya mereka bayar mengikut harga semasa. Ini aku semak tidak ada satu sen pun dibayar di atas saham tersebut.”
“Habis tu, apa rancangan puan?” Aminah diam. Dia geleng kepala kemudiannya.
“Aku tidak ada apa-apa rancangan. Aku penat hidup di tengah kota ni. Penuh dengan debu dan daki. Aku nak balik kampung.”
“Ini baki duit upah kau. Terima kasih atas maklumat yang kau dapat tu.”
“Tapi puan, saya tak nak semua ini. Saya mahu terus bekerja dengan puan.”
Aminah senyum. Khalid ni seorang yang jujur dan setia.
“Ada, aku ada kerja untuk kau. Nanti kau tunggu panggilan aku.”
“Aku balik dulu.”
“Okey puan. Saya akan tunggu.”
******
IPOH: 29 November, Satu kemalangan maut melibatkan treler dan dua buah kereta berlaku lebuhraya utara selatan, arah selatan berlaku malam tadi. Kesemua mangsa maut di tempat kejadian.
Puan Aminah seka air mata dengan jarinya. Kemalangan itu mengakibatkan dia kehilangan anak, menantu dan cucu. Berita itu dibaca berkali-kali. Terasa baru semalam anak sulung telefon dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Tapi hari ini telah genap sebulan dia pergi meninggalkan dunia ini.
“Mak tok!”
“Iya sayang...”
“Uya rindu mama, papa dan adik.”
Puan Aminah menggamit cucunya mendekatinya. Kemudian dipeluk erat. Diusap perlahan tubuh kurus Baizura.
“Mak tok pun rindukan mereka. Bila rindu mak tok mengaji.”
Baizura pandang wajah jernih mak tok. Matanya basah. Air matanya lagi laju turun.
“Mak tok jangan tinggalkan Uya pula. Nanti Uya tak ada sesiapa lagi,” Baizura teresak.
“Mak tok ada. Mak tok akan jaga Uya. Mak tok takkan tinggalkan Uya.” Baizura terus peluk erat mak toknya.
“Uya....”
Baizura melepaskan pelukannya dan berpaling.
“Abang...” Lantas dia meluru ke dalam pelukan lelaki itu.
“Mama dah tak ada...” raungnya. Hanya dengan lelaki itu baru dia dapat melepaskan perasaannya.
“Abang tahu. Uya masih ada abang, mak tok, pak ngah dan mak ngah lagi kan? Abang akan jaga Uya.”
“Abang takkan tinggalkan Uya lagi?” lelaki itu geleng kepala.
“Tak. Peperiksaan abang dah habis. Lepas ni abang akan temankan Uya.”
“Betul!”
“Iya, sayang. Betul.”
“Janji!”
“Janji!”
Jari kelinking saling berkait. Bibirnya tersenyum walaupun pipinya basah. Airmata masih lagi mengalir turun. Dia yakin lelaki ini tidak akan meninggalkannya lagi.
*****
Dua tahun kemudian…
“Mak nak kau ambil undang-undang Zam.”
“Tapi mak, Zam nak ambik perubatan.”
“Ambil undang-undang! Keputusan mak muktamad!”
“Kak ngah, tolong..” Zamri minta simpati kakaknya supaya memujuk mak mereka.
Nur Zahnita angkat tangan. Dia geleng kepala kerana tidak dapat membantu. Bukan mereka tidak tahu, bila mak sudah buat keputusan, ia sukar untuk diubah. Bahkan tidak pernah berubah. Zamri mengeluh. Dia garu kepala. Geram dan kecewa bermukim di hati. Dalam terpaksa dia patuh juga.
“Suatu hari nanti kau akan faham!” ringkas ucapan yang keluar dari bibir Aminah sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.
Sejak mereka kehilangan ayah, kakak long dan abang iparnya, sikap mak telah berubah. Tidak lagi mesra dan sentiasa tegas mendidik mereka.
“Kena marah? Soal budak perempuan bertocang dua sambil sengih-sengih mengejek. Dia mendengus dan jegilkan matanya. Mahu menakutkan budak perempuan itu. Sebaliknya budak perempuan itu datang menempel di sebelahnya sambil letak kepala di bahunya.
Dia tidak jadi marah. Inilah buah hatinya. Penghibur hatinya.
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.