“Lelaki tu kan?” soal Wawa berbisik.
Aku angguk.
“Kecilnya dunia. Aku rasa kau takkan dapat lari dari dia.”
Ami jeling Wawa yang sedang pandang depan tapi mulut tayang senyum. Geram dengan sikap Wawa yang sengaja nak naikkan darahnya. Lelaki itu pula, sengaja munculkan diri di sini. Padahal selama dua tahun dia belajar di sini tak pernah pula nampak.
“Kau jangan nak mengarutlah Wawa. Dia bukannya datang cari aku, tapi Prof Yusuf. Apa kaitannya dengan aku?” bisik Ami.
“Tengoklah nanti. Kau akan selalu jumpa dia,” tekan Wawa.
“Memanglah. Next semester kita akan praktikal kat firma dia. Apa nak herannya?”
“Tapi aku rasa nak minta tukar tempatlah.”
“Kau jangan cari pasal. Nak dapat tempat dekat firma tu punya lah susah. Suka hati kau je nak tukar tempat. Situlah tempat paling ideal nak praktikal. Mana tahu lepas tu diserap terus ke firma tu.”
Ami tarik nafas. Satu tempat kerja akan membuatkan dia susah nak bernafas nanti. Dia tak nak ingat malam itu lagi. Dia mahu lupakan apa yang terjadi.
Beep beep
Along : Assalam.. hujung minggu ni balik rumah.
Angah: Ok
Achik : Memang nak balik pun hujung minggu ni.
Acu : Balik jugak.;P
Along : Boleh kenal bakal kak long korang nanti.
Achik : Tak tahu pun!
Acu : Betul.. betul.. betul...
Angah : Baguslah.. lepas ni giliran angah pulak. Punyalah lama tunggu Along bawak balik bakal kak long.
Acu: Eleh.. Angah tu yang gatal. Baru kerja dua tiga tahun dah sibuk nak kahwin..
Angah : Dah takkan nak tunggu awek angah lari dulu baru terhegeh –hegeh ajak kahwin!
Achik : Angah memang gatal. Merenyam sejak sekolah lagi...
Acu : Hahaha....
Along : Sudahlah... Umur baya angah tu memang patut kahwin dah. Along je yang ketinggalan keretapi..
Angah : Haa.. baca tu. Along pun sokong angah!
Ami hampir ketawa apabila Angah menghantar emoji berjoget. Angah memang gatal. Ligatnya dalam hal perempuan ni kalahkan Along. Along pulak jenis lelaki jika suka perempuan, sorang tu je yang dia nampak. Dah tak hiraukan orang lain. Sebab itulah bila putus cinta dulu, agak lama masa yang diambilnya untuk pulih kembali.
Dia sendiri ingatkan Along akan jadi bujang terlajak. Diam-diam along selama ini berisi rupanya. Rasa tak sabar pulak menanti hujung minggu ni.
Achik : Angah, Nanti ambil Achik dekat kolej.
Angah : Okey, tapi lewat sikit. Angah nak pergi dating dulu.
Achik : Jangan datang tengah malam sudahlah...
Wawa siku tangan Ami yang sibuk berwhatapps. Ami angkat kening sebelah, “apa dia?”
“Prof. Yong dah keluar. Kau nak bertapa kat sini lagi ke?”
Ami sengih. Digelengkan kepalanya.
“Ada gap sejam. Nak pergi mana ni?” soal Ami sambil tangan masukkan nota dalam fail.
“Aku mengantuklah. Nak tidur kejap kat surau.”
Ami jeling Wawa.
“Pipi tu dah kembang bila asyik tidur je.”
“Tak pe, pipi kembang tak apa. Jangan badan aku jadi bambam sudahlah.”
“Tapi aku tak mengantuklah. Lagipun aku period, tak elok masuk tempat solat.”
“Habis tu nak pergi mana? Aku mengantuk giler ni.. tapi pun rasa nak letak je kepala atas meja.”
“Pergi library lah.. tempat biasa kita. Kau boleh tidur kat situ. Aku boleh studysikit.”
“Okeylah. Mana-mana je asalkan dapat lelap mata kejap.”
Pesan Puan Penulis Hidup ini terlalu singkat untuk dipersiakan. Jadi bacalah perkara yang bermanfaat. Semoga kebaikan yang diperolehi di sini dapat dikongsikan bersama. Hidup baik-baik. Islam itu Indah. Membaca jambatan Ilmu.